Enam anggota Paskal tersasar ketika latihan ditemui selamat

13 Aug 2026 • 5:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Enam anggota Paskal tersasar ketika latihan ditemui selamat

PETALING JAYA – Enam anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) yang tersasar daripada posisi pendaratan ketika menjalani latihan penerjunan bebas di perairan Laut China Selatan berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkata, kesemua anggota terbabit ditemui oleh kapal-kapal TLDM selepas terapung di laut susulan insiden berkenaan.

Menurut TLDM, penerjunan itu tersasar akibat perubahan cuaca secara tiba-tiba sehingga menjejaskan jarak penglihatan anggota.

“Ini membuktikan keberkesanan latihan berterusan dan realistik Paskal dalam mempersiapkan anggota menghadapi situasi luar jangka.

“Selain kemahiran tempur, latihan intensif ini terbukti memupuk ketahanan diri yang tinggi, disiplin serta keupayaan ikhtiar hidup dalam situasi ekstrem selaras dengan slogan ‘Sentiasa Yang Terbaik’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

TLDM berkata, pihaknya kekal komited mengimbangi aspek kesiapsiagaan tempur dan keselamatan anggota bagi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terjamin.

Terdahulu media melaporkan enam anggota berkenaan dilaporkan hilang ketika menjalani latihan penerjunan dalam Eksesais KERISMAS 29/26 di sekitar Pulau Layang-Layang, malam tadi.

Eksesais KERISMAS Siri 29/26 merupakan latihan medan TLDM yang berlangsung dari 28 Julai hingga 16 Ogos ini dengan penglibatan pelbagai aset serta elemen operasi bagi menguji tahap kesiapsiagaan dan keupayaan tempur pasukan. – KOSMO! ONLINE

The post Enam anggota Paskal tersasar ketika latihan ditemui selamat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved