Hanyut Di Laut China Selatan, 5 Anggota PASKAL Berjaya Diselamat

13 Aug 2026 • 7:08 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Hanyut Di Laut China Selatan, 5 Anggota PASKAL Berjaya Diselamat

KUALA LUMPUR - Enam anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditemukan selamat hari ini selepas dipercayai hanyut di perairan Laut China Selatan ketika menjalani latihan payung terjun terjun bebas.

Kesemua anggota berkenaan dipercayai tersasar daripada lokasi pendaratan yang ditetapkan selepas perubahan cuaca secara tiba-tiba menjejaskan jarak penglihatan ketika latihan berlangsung.

Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook, TLDM berkata kejadian itu membuktikan keberkesanan latihan PASKAL yang dilaksanakan secara berterusan serta berasaskan situasi sebenar dalam mempersiapkan anggotanya menghadapi keadaan di luar jangka.

Menurut TLDM, latihan intensif bukan sahaja memberi penekanan terhadap kemahiran tempur, malah turut membentuk tahap ketahanan mental dan fizikal, disiplin serta keupayaan untuk bertahan dalam situasi ekstrem.

"Selain kemahiran tempur, latihan intensif ini terbukti berkesan dalam membentuk tahap ketahanan, disiplin dan keupayaan bertahan yang tinggi dalam situasi ekstrem, selaras dengan slogan ‘Always the Best’,” katanya.

TLDM turut menegaskan komitmennya untuk memastikan keseimbangan antara kesiapsiagaan tempur dengan aspek keselamatan anggota, demi menjamin keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus dipelihara.

Kejadian itu berlaku sehari selepas laporan mengenai sekumpulan anggota TLDM yang terlibat dalam insiden susulan latihan payung terjun di Laut China Selatan. - Getaran, 13 Ogos 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved