Enam daerah di Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 6 petang

1 Apr 2023 • 3:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 1 APRIL: Enam daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan enam daerah terlibat ialah Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama turut diramal melanda beberapa daerah di Pahang, Negeri Sembilan, Johor selain beberapa bahagian di Sabah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum agensi itu melalui Facebook.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved