Enam ditahan, syabu 161g dirampas di Kudat

8 Jul 2026 • 4:31 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Enam ditahan, syabu 161g dirampas di Kudat

KUDAT: Polis menahan enam individu, termasuk seorang wanita, yang disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah serta merampas 161 gram syabu dan pelbagai barangan lain dianggarkan bernilai RM16,000 dalam beberapa serbuan di sekitar daerah ini pada malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Kudat, Supt Mohd Haris Ibrahim, berkata serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah antara jam 7 malam hingga 4.45 pagi.

Katanya, operasi itu melibatkan beberapa lokasi, iaitu Kampung Tanjong Kapor, Landung Ayang, Perpaduan, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Ehsan dan Kampung Muhibbah.

“Kesemua suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Semua suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Haris berkata, polis mengalu-alukan kerjasama serta maklumat daripada orang ramai dalam usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

“Kerjasama masyarakat amat penting bagi memastikan kegiatan jenayah itu dapat dibanteras demi kesejahteraan komuniti,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved