Enam individu direman bantu siasatan kes lelaki maut terkena tembakan

LocalPolitics
27 Apr 2025 • 1:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Enam lelaki direman bermula Isnin bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang maut dipercayai terkena tembakan pada Sabtu. Foto Bernama

KUCHING - Enam lelaki direman bermula Isnin bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang maut dipercayai terkena tembakan, pada Sabtu.

Perintah reman terhadap kesemua suspek berumur 21 hingga 45 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Heng Yi Min selepas permohonan dibuat polis di Mahkamah Majistret, di sini pada Ahad.

Peguam Russell Lim yang mewakili kesemua suspek memaklumkan reman empat hari dibenarkan kepada tiga suspek manakala tiga lagi direman tujuh hari.

Pada Sabtu, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, seorang lelaki berusia 34 tahun maut dipercayai terkena tembakan semasa berada di dalam sebuah kereta di Jalan Stephen Yong.

Beliau berkata, kira-kira 5.30 pagi, dua lelaki telah hadir ke Balai Polis Batu Kawa di sini untuk memaklumkan seorang rakan mereka telah ditembak dan berada di dalam kereta yang dinaiki mereka serta kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama