Seorang Lelaki Di Sarawak Maut, Dipercayai Ditemb*k Di Kepala

LocalPolitics
26 Apr 2025 • 2:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki di Kuching, Sarawak dilaporkan maut pada awal pagi tadi, dipercayai akibat ditembak di bahagian kepala.

Menurut laporan Berita Harian, mangsa yang berusia 34 tahun mempunyai kesan tembakan pada kepalanya dan difahamkan, lelaki tersebut ditemukan maut di dalam sebuah kereta.

Difahamkan juga, mangsa dibawa ke Balai Polis Batu Kawa oleh dua orang lelaki iaitu rakannya.

Menurut dua orang lelaki tersebut, mangsa telah terkena tembakan ketika mereka melalui Jalan Stephen Yong.

image is not available
Gambar Hiasan

Kematian mangsa kemudiannya disahkan oleh pegawai perubatan.

Difahamkan juga, ketika kejadian, mangsa adalah penumpang dalam kereta Perodua Myvi.

Namun, tidak dapat dipastikan jika mangsa duduk di kerusi penumpang hadapan atau di belakang ketika kejadian kerana setakat ini, perkara itu tidak didedahkan oleh pihak polis.

Kes tembakan ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.