Enam Jersi Pernah Dipakai Messi Dijual Dengan Harga Lebih RM36 Juta

15 Dec 2023 • 10:34 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Enam Jersi Pernah Dipakai Messi Dijual Dengan Harga Lebih RM36 Juta

Sebanyak enam helai jersi yang pernah dipakai oleh pemain bola terkemuka Argentina, Lionel Messi telah dijual dengan jumlah keseluruhan sebanyak $7.8 juta ( RM36.4 juta) dalam acara lelongan baru-baru ini.

Memetik AFP, jersi itu pernah dipakai Messi sewaktu Piala Dunia Qatar yang berlangsung pada 2022. Ia dipakai sewaktu perlawanan akhir epik antara Argentina dan Perancis, separuh akhir, suku akhir, pusingan 16 dan perlawanan peringkat kumpulan.

Menurut rumah lelong Sotheby’s, jersi yang dipakai pemain berusia 36 tahun itu mendapat tiga bidaan. Harga bagi kesemua jersi ini juga telah memecahkan rekod bagi jualan item yang berkaitan bintang Argentina itu.

image is not available
Gambar: TIMOTHY A. CLARY/AFP

Jersi Messi dianggap salah satu item ikonik dalam sejarah bidaan sukan

Bukan itu sahaja, jersi tersebut merupakan item sukan yang paling berharga yang telah dijual dalam sesi bidaan sepanjang tahun ini bagi rumah lelong itu.

“Ia juga satu penghormatan kepada Sotheby’s dalam mempamerkan koleksi bernilai ini kepada orang ramai, yang telah menggambarkan kecemerlangan pemain bola sepak itu.

“Jersi-jersi bersejarah ini bukan hanya satu titipan kenangan terhadap salah satu peristiwa paling penting dalam sejarah sukan, barangan ini juga memiliki hubungkait dengan zaman kegemilangan dalam karier seorang pemain bola sepak terkemuka dalam lipatan sejarah,” kata Ketua Koleksi Moden Sotheby’s, Brahm Wachter.

Untuk makluman, Messi telah membantu Argentina untuk menjulang trofi Piala Dunia 2022.

Argentina berjaya mendapatkan kemenangan selepas menewaskan Perancis dengan mata 4-2 menerusi sepakan penalti dalam perlawanan akhir.

image is not available
Kredit: AFP

Perlawanan epik tersebut telah berlangsung di Stadium Lusail yang memuatkan seramai 80,000 penonton pada 18 Disember tahun lalu.

Pada awal bulan ini, majalah TIME telah menamakan Messi sebagai “Athlete of the Year” (Atlet Terbaik Untuk Tahun 2023).

Pengiktirafan ini diberikan selepas dia mempamerkan aksi yang mengagumkan selain turut menerima anugerah Ballon d’Or untuk kali kelapan.

Kini, Messi beraksi bersama Inter Miami dalam saingan Major League Soccer selepas berpindah dari Paris Saint-Germain pada Jun lalu.

Sumber: AFP