Enam kereta rosak dihempap papan tanda

25 Oct 2024 • 9:21 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 25 OKT: Enam kereta yang diparkir di pekarangan sebuah pasar raya di Puncak Alam dekat sini rosak akibat dihempap papan tanda dalam kejadian angin kencang petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata kejadian itu turut melibatkan seorang wanita warga tempatan, namun tiada kecederaan dilaporkan.

“Mangsa berusia 45 tahun dikeluarkan orang awam dan dihantar ke klinik berhampiran sebelum bomba tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular menerusi media sosial video insiden berkenaan yang difahamkan berlaku kira-kira 3 petang dengan deretan kereta rosak akibat dihempap papan tanda.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved