Ribut Di Puncak Alam, Beberapa Kereta Rosak Dihempap Papan Tanda

LocalEnvironment
25 Oct 2024 • 6:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ribut Di Puncak Alam, Beberapa Kereta Rosak Dihempap Papan Tanda

Beberapa kenderaan rosak akibat dihempap papan tanda apabila ribut dan hujan lebat melanda tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Puncak Alam, lapor Sinar Harian.

Menerusi perkongsian orang awam di laman Facebook Kuala Selangor Official, kejadian berkenaan didapati berlaku sekitar jam 2.30 hingga 3 petang tadi.

“Kejadian ribut di Puncak Alam sebentar tadi,” katanya.

Kejadian tersebut didakwa disebabkan berlaku ribut kuat yang menyebabkan papan tanda pasar raya tersebut jatuh dan menghempap deretan kenderaan di bawah.

Dalam pada itu, beberapa pengguna laman sosial turut berkongsi beberapa gambar dan video keadaan di sana.

image is not available
Kredit: Boss Shaiful

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih belum memberi sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut.

Sumber: Sinar Harian