Enam lelaki ditahan terbabit lumba haram

12 Feb 2023 • 1:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Antara yang ditahan dibawa ke Pejabat BSPT Seberang Perai Tengah dan Barat Daya untuk tindakan lanjut.

GEORGETOWN - Polis menahan enam lelaki selepas didapati terlibat dengan aktiviti lumba haram di dua lokasi panas yang menjadi tumpuan ramai di negeri ini pada Ahad.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook PDRM Pulau Pinang, empat penunggang motosikal terbabit ditahan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran kawasan Sama Gagah dan dua lagi di Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu berhampiran kawasan Seagate.

Kesemua mereka ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang yang mengadakan Op Samseng Jalanan bermula 1 hingga 6 pagi.

"Pemantauan yang dibuat mendapati kumpulan samseng jalanan ini dilihat melakukan aksi bersaing sesama sendiri, meniarap seperti 'Superman', 'zig-zag' dan aksi ini membahayakan kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

"Kesemua mereka telah ditahan di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 dan dibawa ke Pejabat Bahagin SPTD Seberang Perai Tengah danBarat Daya untuk tindakan selanjutnya,"katanya.

Dalam pada itu, JSPT Pulau Pinang menyatakan komitmen untuk mengekang aktiviti samseng jalanan daripada terus berleluasa di negeri ini

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah. selain memandu dengan berhemah dan selamat ketika berada di jalan raya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved