Enam maut nahas di Jalan Karak Lama

25 Jul 2026 • 10:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Enam maut nahas di Jalan Karak Lama

BENTONG: Enam lelaki maut selepas kereta jenis Toyota Vios dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori satu tan di Jalan Karak Lama,mmenghala ke Temerloh, berhampiran Klinik Desa Jambu Rias, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.25 pagi itu, semua mangsa berusia antara 15 tahun hingga 25 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat tersepit dalam kenderaan tersebut.

Mangsa yang maut iaoah V. Mugilan, 25; K. Dinesvaran, 21; K. Alaganathan, 20; A. Kanabati Raja, 18; Kiisyen Sasi Kumar, 16, dan M. Paranthaman, 15.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd. Razam Taja Rahim berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pukul 4.24 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Karak ke lokasi.

Beliau berkata, jentera pertama tiba di lokasi pada pukul 4.32 pagi dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah Toyota Vios serta sebuah lori satu tan.

“Enam mangsa lelaki yang menaiki Toyota Vios didapati tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan Kementerian Kesihatan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pemandu lori satu tan, Muhamad Hanafi Ahmad Raju, 31, mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. – UTUSAN

 

 

The post Enam maut nahas di Jalan Karak Lama appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved