Enam Negeri Diramal Hujan Hingga Awal Pagi Ini

13 Sep 2025 • 11:10 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Enam Negeri Diramal Hujan Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 2 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah terlibat seperti di Kedah, Terengganu Pahang, Sarawak dan Sabah.

Manakala seluruh kawasan di negeri Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka hujan.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Langkawi dan Kubang Pasu. Manakala di Terengganu melibatkan kawasan Dungun dan Kemaman.

“Selain itu, di Pahang melibatkan hanya daerah Kuantan. Di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching (Kuching), Serian, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri.

“Beralih ke Sabah, kawasan yang terlibat termasuk Pedalaman (Kuala Penyu).

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02pjERLi3bXeAFXUB9F8SBg6Bd7MgJvSEazyNcPkFJZnpyL6QuxW6uv3MgR8E83znfl