Enam Negeri Diramal Hujan Hingga Awal Pagi Ini

LocalEnvironment
11 Oct 2025 • 10:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Enam Negeri Diramal Hujan Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri sehingga jam 1 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap dan Pendang.

“Di Kelantan, kawasan yang terlibat adalah Bachok dan Pasir Puteh. Manakala Terengganu di Besut, Setiu dan Kemaman.

“Selain itu, beberapa kawasan di Pahang dijangka hujan termasuk Jerantut, Maran dan Kuantan.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Samarahan (Simunjan), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Telang Usan) dan Limbang.

“Manakala di Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau) dan Sandakan (Tongod,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0cjoJD3TfAayxLck1Z1kEfFXQ4HPz16zx86zyNqLXLiHX1m2gUur6Ay2Vrrz4dUhel