
Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri termasuk satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 6 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri terlibat adalah Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Manakala seluruh kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka hujan lebat petang ini.
“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Terengganu pula termasuk Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Kemaman.
“Di Pahang, kawasan yang diramal hujan adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin. Selain itu, beberapa daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor antara lokasi diramal hujan.
“Bagi Negeri Sembilan, hanya daerah Jelebu, Jempol dan Tampin. Sementara itu, Johor di Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song) dan Limbang. Manakala Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0t4Yt37rUQ2cSewSbvYZiVn9uTXbyoxCJW9knZRxVHEsv1BTHDrgwHV6gp3SGu4BDl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
The post Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini appeared first on Siakap Keli.

