Enam Pelajar Kes Buli Di Pasir Mas Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

LocalPolitics
25 Aug 2025 • 9:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Enam Pelajar Kes Buli Di Pasir Mas Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

KOTA BHARU, 25 Ogos (Bernama) — Enam pelajar lelaki tingkatan empat yang direman berhubung kes buli seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Pasir Mas minggu lepas, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Kama Azural Mohamed berkata pembebasan itu dibuat selepas tempoh reman mereka berakhir sementara menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.

“Tempoh reman keenam-enam suspek tamat hari ini dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan Seksyen 507B Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan buli.

Sebelum ini, enam pelajar terbabit ditahan pada Selasa lepas bagi membantu siasatan selepas mangsa dilaporkan dipukul, seluar dilondehkan dan nyaris dijerut dengan dawai sehingga mengalami kecederaan.

Sumber: BERNAMA