Empat Suspek Kes Pecah Rumah Didakwa Langgar Polis Sehingga Maut

LocalPolitics
25 Aug 2025 • 11:28 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Empat individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Alor Setar hari ini atas pertuduhan membunuh seorang anggota polis, Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, pada 7 Ogos lalu.

Empat suspek kes pecah rumah

Menurut laporan Berita Harian, pertuduhan dibacakan terhadap Muhamad Badry Muhamad Azami, 24; Mohamad Hafiz Khazli, 26; Badri Iman Abdul Nasir, 25; dan Mohd Saifuan Mohd Noor, 34, di hadapan Majistret Eliana Ismail. Kesemua mereka hanya mengangguk tanda faham, namun tiada pengakuan direkodkan.

image is not available

Foto: Media sosial

Suspek kes pecah rumah didakwa membunuh

Mengikut kertas pertuduhan, keempat-empat suspek bersama-sama didakwa membunuh Allahyarham yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah. Kejadian berlaku pada jam 3.43 petang di hadapan sebuah rumah di Taman Golf, di sini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun jika sabit kesalahan.

image is not available

Foto: Astro Awani

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 23 November depan sebagai tarikh sebutan semula serta pemindahan kes ke Mahkamah Tinggi.

Dalam kejadian sebelum ini, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi selepas dirempuh kenderaan dipandu penjenayah ketika cuba menahan suspek kes pecah rumah yang melarikan diri.

image is not available

Siasatan turut mendedahkan kesemua suspek dipercayai berasal dari Johor dan seorang daripada mereka memiliki sebanyak 77 rekod jenayah lampau, termasuk pecah rumah dan curi kenderaan.

Sumber: Berita Harian (M Hifzuddin Ikhsan)