Enam pendaki hilang ditemui selamat

7 Sep 2026 • 6:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Enam pendaki hilang ditemui selamat
Enam pendaki termasuk dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB) ditemukan selamat pada petang Isnin. Foto Bernama
Image from: Enam pendaki hilang ditemui selamat
Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan serta-merta untuk menjejaki enam individu yang hilang di kawasan laluan sebelah Perak.

GERIK - [DIKEMAS KINI] Enam pendaki termasuk dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB) ditemukan selamat pada petang Isnin.

Difahamkan perjalanan mereka mengambil masa kerana seorang daripada kumpulan berkenaan mengalami kecederaan yang belum diketahui tahapnya.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, maklumat keberadaan kesemua mangsa diperoleh selepas pihaknya berjaya menghubungi salah seorang malim gunung terbabit kira-kira jam 5.30 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang ketika mendaki: Wan Ahmad Aslam, isteri dua anak masih belum ditemui

"Mereka boleh bergerak tetapi perlahan. Pasukan penyelamat akan menyusul trek pendakian di mana kumpulan itu berada untuk membawa mereka keluar.

"Pasukan penyelamat akan naik hari ini juga," katanya kepada media pada Isnin.

Abdul Samad berkata, operasi menyelamat turut dirancang menggunakan helikopter bagi membawa pasukan penyelamat ke salah satu kem sebelum mereka meneruskan perjalanan ke lokasi keenam-enam mangsa.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan selepas keenam-enam individu terbabit gagal keluar mengikut jadual di Pos Kemar pada 3 September lalu.

Mereka dilaporkan memulakan pendakian merentas tiga puncak gunung itu pada 29 Ogos lalu.

Peserta ekspedisi itu terdiri daripada dua malim gunung iaitu Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, manakala empat beranak terdiri daripada Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, isterinya, Siti Zulaiha Norizan, 39, serta dua anak mereka, Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved