Enam sekeluarga cedera dalam kemalangan di Kiulu

3 Sep 2023 • 1:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Enam sekeluarga terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Jalan Kampung Tomis, Kiulu di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, kesemua mangsa berusia 11 sehingga 55 tahun itu dilaporkan mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 12.25 tengah hari.

Katanya, seramai dua anggota bergegas ke lokasi dengan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Sebaik tiba, kenderaan terlibat kemalangan didapati dalam keadaan terbalik manakala semua mangsa berjaya keluar dari kenderaan”.

“Dua mangsa diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital Tuaran menggunakan EMRS dan empat lagi mangsa dihantar ke hospital sama menggunakan ambulan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lokasi dan kenderaan turut dijalankan bagi mencegah bahaya lain.

“Operasi kemudiannya ditamatkan jam 3.16 petang selepas memastikan tiada bahaya lain,” katanya.

Abdul Qawie berkata, punca kemalangan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.