Enam sungai di Kedah catat paras bahaya

LocalEnvironment
17 Sep 2024 • 5:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Banjir yang berlaku di Bukit Kayu Hitam. Foto JBPM

image is not available
Anggota APM Daerah Bandar Baharu membuat pemantauan di beberapa lokasi di Kedah yang dinaiki air. Foto APM

image is not available
Banjir di daerah Kulim menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air. Foto JBPM

ALOR SETAR - Enam sungai di Kedah mencatatkan bacaan air melebihi paras bahaya setakat jam 4 petang Selasa berikutan hujan lebat di beberapa daerah sejak Isnin.

Berdasarkan laman sesawang Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Kubang Pasu, Sungai Gurun di Kampung Perupok Yan dan Kampung Sedim di Kulim melebihi tahap bahaya.

Selain itu, tiga lokasi sungai di daerah Kota Setar turut menunjukkan peningkatan aras air iaitu di Taman Aman, Sungai Anak Bukit, Jambatan TAR, Sungai Anak Bukit dan Jambatan Lebuhraya di Sungai Kedah.

Kesemua sungai terbabit menunjukkan trend peningkatan.

Sebelum ini, media melaporkan tiga sungai di negeri ini melepasi paras bahaya dengan trend menaik setakat jam 10 malam Isnin.

Berdasarkan maklumat daripada Public Infobanjir JPS, Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu mencatatkan 22.15 meter melepasi paras bahaya 21.6 meter.

Selain itu, Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap merekodkan 28.68 meter melepasi paras bahaya 28.5 meter manakala Sungai Gurun di Kampung Perupok, Yan mencatatkan 3.95 meter melebihi paras bahaya 3.5 meter.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah juga melaporkan bahawa beberapa daerah di negeri tersebut turut dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan selain fenomena air pasang menyebabkan berlaku limpahan.