Paras Air Lapan Sungai Di Kedah Lepasi Paras Bahaya

LocalEnvironment
18 Sep 2024 • 12:44 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Paras Air Lapan Sungai Di Kedah Lepasi Paras Bahaya

Paras air lapan sungai di lima daerah di Kedah dilapor telah melepasi paras bahaya dengan tred menaik setakat tengah malam pada 18 September.

Menerusi portal Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Sedim di Kampung Sedim, Baling mencatatkan 37.13 meter, melebihi paras bahaya 36.5 meter.

Tiga sungai di daerah Kubang Pasu turut menunjukkan trend paras air meningkat melepas paras bahaya.

Sungai-sungai berkenaan adalah Sungai Bata di Kampung Bata (9.24 m, melebihi paras bahaya 9.14 m) dan Sungai Laka di Kampung Padang Pasir (22.82 m, melebihi paras bahaya 21.6 m).

Trend menaik, paras air di lapan sungai di Kedah lepasi paras bahaya

Satu lagi sungai adalah Sungai Padang Terap di Kepala Batas (3.92 m, melebihi paras bahaya 3.8 m).

Di daerah Kota Setar, dua sungai yang mencatatkan paras bahaya adalah Sungai Anak Bukit di Taman Aman (3.1 m, melebihi paras bahaya 2.6 m) dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR.

Sungai berkenaan mencatatkan paras air 2.23 m, melebihi paras bahaya 1.7 m.

Manakala Sungai Perik di Kampung Perik dalam daerah Padang Terap pula mencatatkan paras air 14.78 m iaitu melebihi paras bahaya 14.2 m.

Sementara Sungai Gurun di Kampung Kerupok, Yan mencatatkan paras air 3.68 m, melebihi paras bahaya 3.5 m.

Beberapa sungai pada paras amaran dengan trend air meningkat

Beberapa sungai lagi berada pada paras amaran dengan trend meningkat antaranya Sungai Ketil di Kuala Pegang, Baling dan Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang, Pendang.

Menurut portal Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kedua-dua sungai ini telah mencatatkan aras air setinggi 37.41 m dan 6.25 m.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat tentang paras semasa sungai-sungai di Malaysia menerusi laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).