Enam tahun bersama, isteri Faisal Halim fail permohonan cerai

LocalEntertainment
2 Sep 2025 • 4:32 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

ISTERI kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim, iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril dilaporkan memfailkan permohohan cerai terhadap pemain tersebut, hari ini.

Menurut laporan portal hiburan tempatan, mStar, sebutan kes tersebut berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim kira-kira jam 2.30 petang.

image is not available

Sekadar rekod, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 itu berkahwin dengan Syazwani, 26, pada 9 Mac 2019 selepas empat bulan perkenalan.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan.

image is not available

Faisal, 27, terdahulu diuji dalam insiden simbahan asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah Petaling Jaya pada Mei 2024 yang mengakibatkan kecederaan parah sehingga beliau perlu menjalani empat pembedahan.

Bintang kelahiran Pulau Pinang itu kini sedang bangkit membina semula kerjayanya semula selepas peristiwa hitam tersebut.

Sumber: mStar

#faisalhalim #asid #sinarplus #standwithfaisalhalim #lifestylesinarharian">