Enam tahun jual mercun, bunga api baru ‘kantoi’

29 Sep 2026 • 1:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Enam tahun jual mercun, bunga api baru ‘kantoi’

TEMERLOH – Pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM86,700 yang disorokkan di daam stor dirampas dalam serbuan di Taman Bukit Bendera, Mentakab, di sini, semalam.

Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, dalam serbuan pada pukul 8 malam itu pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 40 tahun untuk siasatan lanjut,

“Pemeriksaan menjumpai sebanyak 49 kotak berisi pelbagai jenis mercun dan bunga api yang disimpan di dalam stor.

“Hasil soal siasat, suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan barangan yang disimpan,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya, siasatan awal mendapati suspek berniaga mercun sejak 2020 dan mendapat bekalan daripada seorang individu di Triang, Bera.
‎
Siasatan turut mendapati mercun yang disimpan itu tidak habis dijual pada musim perayaan lalu.

Menurut Ahmad Radzi, siasatan kanjut mengenainya giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – KOSMO! ONLINE

The post Enam tahun jual mercun, bunga api baru ‘kantoi’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved