Jentera bernilai RM1.2 juta dirampas, lima warga Myanmar tanpa dokumen ditahan

18 Sep 2026 • 10:22 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jentera bernilai RM1.2 juta dirampas, lima warga Myanmar tanpa dokumen ditahan

LIPIS – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas lori dan jengkaut bernilai RM1.22 juta dan menahan lima warga Myanmar dalam serbuan di tapak perlombongan bijih besi Sungai Lik, Cheka di sini kelmarin.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan kira-kira pukul 2.30 petang itu mendapati aktiviti perlombongan di kawasan berkenaan tidak mempunyai kelulusan dan lesen daripada pihak berkuasa negeri.

“Pekerja warga Myanmar yang berusia antara 22 hingga 39 tahun gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri dan ditahan untuk siasatan lanjut.

“Sebuah jengkaut bernilai RM270,000, lima buah lori pasir bernilai RM750,000 dan sebuah jentera pemuat (wheel loader) bernilai RM200,000 turut dirampas untuk siasatan lanjut,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 426 (1) Kanun Tanah Negara (Akta 828) dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya kesemua suspek diserahkan kepada pihak polis manakala barang rampasan diserahkan kepada Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP).

“Hasil semakan mendapati aktiviti mengorek dan memindah tanah tersebut tidak mempunyai sebarang lesen dan kebenaran yang sah daripada pihak berkuasa tempatan dan Kerajaan Negeri Pahang.

“Kesemua suspek dibayar gaji sebanyak RM10 sejam dan bekerja dengan seorang lelaki, usaha mengesan majikan sedang giat dilakukan,”ujarnya.- KOSMO! ONLINE

The post Jentera bernilai RM1.2 juta dirampas, lima warga Myanmar tanpa dokumen ditahan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved