Enam termasuk wanita ditahan dalam pergaduhan di restoran

25 Oct 2026 • 3:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Enam termasuk wanita ditahan dalam pergaduhan di restoran
Tangkap layar video tular pergaduhan yang berlaku di sebuah restoran di Lahad Datu dan menyebabkan enam individu ditahan polis.

LAHAD DATU – Enam individu termasuk tiga wanita ditahan selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran di Bandar Lahad Datu pada Sabtu.

Pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara dua pekerja restoran itu berlaku kira-kira jam 3 petang dan turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail, berkata pergaduhan dan kekecohan di restoran berkenaan melibatkan kira-kira lapan hingga 10 individu.

“Kejadian disyaki berpunca daripada perselisihan faham antara dua pekerja restoran tersebut sebelum keadaan bertukar kecoh dan akhirnya berlaku pergaduhan.

“Susulan kejadian itu, polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan setakat ini seramai enam individu terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 19 hingga 38 tahun telah ditahan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, kesemua individu terbabit ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Penahanan mereka juga adalah bagi membantu siasatan.

“Pihak polis masih meneruskan siasatan termasuk usaha mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya.

Susulan kejadian itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri yang bertentangan dengan undang-undang.

“Orang ramai juga diminta supaya tidak menyebarkan spekulasi, maklumat yang tidak disahkan atau video berkaitan kejadian tersebut yang boleh menimbulkan kegusaran awam dan menjejaskan ketenteraman masyarakat,” tegasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved