Enco Clip Ialah Fon Telinga Terbuka Oppo Dengan Rekaan Seakan Subang

TechnologyDigital
13 May 2025 • 2:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo telah melancarkan Enco Clip di China, iaitu set fon telinga nirwayar dengan rekaan unik menyerupai subang mirip kepada Huawei FreeClip. Perbezaan utama terletak pada pod pengecas yang direka dengan lekuk di sisi untuk keselesaan jangka masa panjang.

image is not available

Fon telinga ini mempunyai beberapa ciri utama yang menarik. Rekaannya ringan dengan besar hanya 5.8g yang menjadikannya sesuai untuk pemakaian yang lama. Walaupun mempunyai rekaan terbuka, ia direka dengan kemampuan mengurangkan kebocoran audio.

Saiz pemandu audio sebesar 11mm disediakan pula dikatakan mampu memberikan pengalaman bunyi yang baik. Ia turut menawarkan tiga mikrofon dengan ciri AI Clear Call bagi memastikan panggilan lebih jelas. Bateri disediakan membolehkan fon telinga ini bertahan sehingga 9 jam penggunaan, dan 42 jam dengan bantuan pod pengecas.

image is not available

Ciri terjemahan AI masa nyata turut disertakan yang membolehkan pengguna memahami bahasa lain secara langsung. Menariknya lagi, fon telinga ini menawarkan suara eksklusif Sun YinHang, iaitu seorang penyanyi dan pelakon terkenal China untuk pengalaman audio yang lebih menarik. Oppo menyatakan bahawa pengeluarannya adalah terhad atas sebab tertentu, dan tempahan untuknya telah dibuka di China.