Enfiniti panggil jadi Hang Tuah, bukan penjual tiket – Aqasha

EntertainmentMovie
20 Aug 2026 • 7:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Enfiniti panggil jadi Hang Tuah, bukan penjual tiket – Aqasha

PETALING JAYA: Pelakon, Aqasha, 43, menafikan yang beliau menyimpan sebarang maklumat berkaitan harga tiket pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) yang bermula 31 Oktober ini.

Menurut pemilik nama sebenar Firdee Akassya Rosli, justeru dia tidak berkemampuan untuk menjawab sebarang soalan berkaitan hal tersebut.

“Saya hargai kepada penggemar teater khususnya PGLM. Tapi, terus terang, Enfiniti panggil saya jadi Hang Tuah, bukan penjual tiket.

“Saya memang tak tahu pasal proses penjualan tiket. Yang saya tahu hafal dialog sahaja,” katanya menerusi Threads.

Aqasha khuatir fokusnya terhadap pementasan itu terganggu apabila diasak dengan pelbagai soalan berkenaan tiket.

“Saya risau, tengah hafal dialog ini tiba-tiba senarai harga tiket pula yang keluar.

“Sebab itu saya fokus hafal dialog sahaja, tentang tiket memang saya tak tahu,” ujarnya.

The post Enfiniti panggil jadi Hang Tuah, bukan penjual tiket – Aqasha appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved