Enggan basah, pegawai daerah pijak badan lelaki seberang lopak air

7 Nov 2026 • 6:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Enggan basah, pegawai daerah pijak badan lelaki seberang lopak air

JAKARTA – Seorang pegawai daerah di Karo, wilayah Sumatera Utara menerima kecaman orang ramai selepas dirakam memijak badan seorang lelaki demi menyeberangi lopak air, lapor laman berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pegawai terbabit melompat ke atas badan seorang lelaki yang duduk di dalam kelopak air. 

Dia bertindak sedemikian agar tidak basah.

Pemerintah Kabupaten Karo bercadang untuk memberikan nasihat kepada pegawai berkenaan sebagai bentuk penilaian terhadap etika.

Rakaman itu mencatatkan lebih 222,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Padahal cuma kelopak air,” kata seorang netizen. 

“Rakyat sudah biasa dipijak dengan orang atasan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

The post Enggan basah, pegawai daerah pijak badan lelaki seberang lopak air appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved