Bapa dan anak maut kemalangan, tiga lagi cedera

7 Nov 2026 • 10:14 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bapa dan anak maut kemalangan, tiga lagi cedera

KLUANG: Seorang lelaki warga emas serta anak perempuannya maut sekelas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dua kenderaan di kilometer 67, Jalan Kluang – Kota Tinggi berhampiran Ladang Sindora, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kemalangan yang dilaporkan berlaku pada pukul 3.38 petang itu turut mengakibatkan isteri dan seorang lagi anak perempuannya cedera.

“Mangsa maut dikenal pasti sebagai Musa Md. Jais, 72, yang memandu kereta jenis Proton Ertiga, dan anaknya, Nur Alesya Musa, 6. Manakala isterinya yang berusia 54 dan seorang lagi anak mereka yang berusia 28 cedera.

“Sementara itu, pemandu Honda Civic yang berusia 23 tahun cedera di bahagian kaki, manakala kakak serta abang iparnya dan seorang lagi kanak-kanak selamat,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Tambah Bahrin, siasatan awal mendapat kenderaan Honda Civic dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan sehingga bertembung dengan Proton Ertiga dipandu warga emas itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.-UTUSAN

The post Bapa dan anak maut kemalangan, tiga lagi cedera appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved