Enggan buka jaket, Ameera Khan dipuji pandai jaga maruah – “Hebatnya wanita Kelantan”

Women's FashionLifestyle
30 Sep 2025 • 5:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh terkenal, Ameera Khan sekali lagi mencuri perhatian apabila menghadiri pertunjukan fesyen Tod’s Spring/Summer 2026 sempena Milan Fashion Week (MFW).

Dalam satu perkongsian, dapat dilihat Ameera dengan sopan menolak permintaan seorang jurugambar yang memintanya membuka jaket ketika sesi bergambar.

Ameera Khan dipuji

Adik kepada selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa itu enggan berbuat demikian kerana dia tidak mengenakan sebarang pakaian di bahagian dalam jaket tersebut.

“Saya tak pakai apa-apa,” ujar Ameera kepada jurugambar tersebut.

Ameera Khan dipuji

image is not available
image is not available

Ameera dipuji netizen

Tindakan Ameera itu dipuji ramai netizen yang menganggapnya sebagai keputusan tepat demi menjaga kehormatan diri namun tetap tampil profesional di pentas fesyen antarabangsa.

image is not available image is not available

Kehadirannya di Milan Fashion Week bukan sahaja memperlihatkan gaya berani dan moden, tetapi juga mencerminkan keyakinan seorang anak muda Malaysia yang tahu menetapkan batas dalam dunia fesyen.

Sumber: Instagram @lisaphotograxxy

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved