Enggan tiup wisel, pengadil dikejar, dipukul penonton

FootballSports
3 Aug 2026 • 8:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Enggan tiup wisel, pengadil dikejar, dipukul penonton

JAKARTA – Seorang pengadil yang mengadili perlawanan bola sepak di Desa Wirasaba, Purbalingga dalam wilayah, Jawa Tengah dikejar dan dipukul beramai-ramai oleh penonton, lapor laman berita radar kaltim.

Insiden  pada Khamis lalu itu menyaksikan pertembungan antara kelab Andalas FC dan Gama FC Adipasir bertukar kecoh selepas pengadil perlawanan enggan meniup wisel walaupun penolong pengadil mengesan benteng pertahanan Gama FC melakukan kesalahan ‘handball’.

Tindakan pengadil membiarkan permainan diteruskan serta memberikan penguasaan bola kepada Gama FC mencetuskan kemarahan para pemain, pegawai pasukan dan penonton yang hadir.

Dalam insiden berkenaan, pengadil yang dikenali sebagai Ridho Bekti itu dilaporkan menjadi mangsa dipukul beramai-ramai. 

Mangsa menerima rawatan di hospital, namun tidak mengalami kecederaan serius. – AGENSI

The post Enggan tiup wisel, pengadil dikejar, dipukul penonton appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved