England Akan Menentang Ireland Untuk Piala Ragbi 2023

20 Oct 2022 • 12:00 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kesatuan Bola Sepak Ragbi (RFU) pada Rabu mengumumkan bahawa England akan menentang pasukan ragbi nombor 1 dunia, Ireland di Dublin untuk Piala Dunia Ragbi 2023 pada musim panas akan datang.

England akan menentang Ireland di Stadium Aviva pada 19 Ogos selepas dua kali berjaya menewaskan Wales iaitu yang pertama di Cardiff pada 5 Ogos dan kemudian di Stadium Twiskengham seminggu kemudian.

Pasukan Eddie Jones itu akan melengkapkan persiapan mereka menentang Fiji di Twickenham pada 26 Ogos sebelum bertandang ke Perancis untuk Piala Dunia yang bermula 8 September.

“Ia adalah satu peluang yang baik sebagai penanda aras bagi kamu untuk menentang pasukan No.1 dunia.

“Kami tidak sabar untuk membawa mereka di hadapan penonton Ireland di samping berusaha untuk membuat yang terbaik apabila Piala Dunia Ragbi bermula,” katanya.

England kini berada di tangga kelima dalam kedudukan dunia. Mereka pernah memenangi Piala Dunia pada tahun 2003 di Australia dan tewas kepada Afrika Selatan pada perlawanan akhir 2019 di Jepun.

Sumber: CNA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved