England tidak mahu bereksperimen di bumi Scotland

12 Sep 2023 • 10:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Southgate (dua dari kiri) bersama dengan barisan kejurulatihan The Three Lions. - FOTO: AFP

ENGLAND tidak akan menggunakan perlawanan persahabatan ulang tahun ke-150 menentang Scotland sebagai pentas bereksperimen, kata pengendali The Three Lions, Gareth Southgate menjelang pertembungan di Hampden Park.

Skuad Southgate terikat 1-1 dengan Ukraine di Poland pada Ahad, kali pertama Three Lions kehilangan mata dalam kempen kelayakan Euro 2024.

Persembahan lesu dalam perlawanan itu menerima kritikan hebat pelbagai pihak dan Scotland yang kurang berprestasi baik dijangka memberikan ujian berat untuk England dalam aksi ulang tahun ke-150 edisi pertama perlawanan tertua dalam bola sepak antarabangsa.

“Kami perlu mencari keseimbangan yang betul dari kesegaran fizikal, pengalaman, mengetahui tentang beberapa pemain, menang, bermain dengan baik, perkara biasa yang diharapkan daripada para penyokong England terhadap The Three Lions.

“Perkara pertama ialah kami tidak boleh bermain-main dengan pasukan Scotland, kerana kami berdepan pasukan berdaya saing tinggi.

“Scotland secara tidak langsung memberikan kami cabaran tahap yang sangat tinggi. Anda tidak boleh terlalu bereksperimen kerana itu akan menjadi tidak masuk akal,” kata Southgate pada sidang akhbar.

Sebagai rekod, kali terakhir England dan Scotland bertemu ialah di Wembley dalam kejohanan Euro 2020 yang berakhir dengan keputusan seri 0-0.

Dalam pada itu, Southgate menyifatkan Scotland merupakan pasukan yang semakin meningkat.

“Saya percaya pasukan Scotland sangat baik setelah lama bersama dan telah melalui pelbagai fasa

“Malah mereka telah berkembang melalui itu dan pemain individu mempunyai lebih banyak pengalaman dalam perlawanan besar.

“Mereka mendapat keyakinan daripada beberapa keputusan besar, terutamanya perlawanan baru-baru ini,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved