
Di Enhanced Games pertama yang berlangsung hujung minggu lalu, hanya satu rekod dunia beraya dipecahkan walaupun acara sukan ini membenarkan atlet melakukan doping. Kerana kegagalan ini, Enhanced Games kini menawarkan bonus $10 juta (~RM 39.7 juta) kepada mana‑mana pelari lelaki yang berjaya memecahkan rekod dunia 100m Usain Bolt (9.58s) pada edisi 2027 nanti. Ini adalah peningkatan daripada habuan $1 juta diberikan penganjur untuk setiap rekod dunia yang dipecahkan tahun ini.

Acara larian 100 m tahun ini dimenangi oleh Fred Kerley dengan masa 9.97s yang langsung tidak menghampiri rekod dunia. Kerley walau bagaimanapun tidak menggunakan sebarang dadah meningkatkan prestasi atau steroid
Enhanced Games menerima kritikan hebat daripada WADA, USADA, IOC dan World Athletics kerana isu keselamatan dan keadilan sukan. Edisi pertama Enhanced Games hanya disertai 42 atlet berbanding ribuan dalam acara Sukan Olimpik.
Ia menerima sokongan bilionwan Peter Thiel, Balaji Srinivasan, dan Christian Angermayer. Acara dianjurkan bagi melihat sejauh mana sains boleh digunakan untuk mempertingkatkan kemampuan atlet. Hanya acara sukan balapan, akuatik, tempur, gimnastik dan kekuatan sahaja akan diadakan.
