Enjin Jet Terbesar Dunia Rolls Royce Boleh Menggunakan Bahan Api 100% Lestari

TechnologyDigital
17 Nov 2023 • 12:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Roll Royce Ultrafan ialah jet terbesar pernah dihasilkan dengan diameter kipas 3.56 meter yang sama lebar dengan diameter tubuh Boeing 737. Ultrafan juga kini memegang rekod sebagai enjin jet pertama yang boleh menggunakan 100% bahan api lestari (SAF). Sebelum ini beberapa penerbangan dengan SAF adalah kombinasi 50% bahan api konvensional dan 50% SAF.

image is not available

Ultrafan masih lagi dalam fasa ujian dengan ia akan digunakan pada pesawat menjelang 2030. Enjin ini boleh menghasilkan tujahan sehingga 110,000 lb yang menjadikannya serasi untuk pesawat tubuh lebar seperti Boeing 787 Dreamliner.

Selain berkuasa dan lebih lestari, Ultrafan turut menggunakan kipas diperbuat daripada bahan komposit karbon yang lebih ringan berbanding titanium. Sudut bilah kipasnya juga boleh diubah untuk mengoptimasi penggunaan bahan api dalam semua fasa penerbangan.

Menurut Roll Royce, teknologi yang digunakan oleh Ultrafan turut boleh digunakan pada enjin mereka yang sedia ada bagi membolehkan penggunaan SAF pada pesawat semasa. Kesemua ini dilakukan bagi membolehkan syarikat mencapai tahap sifar-bersih menjelang 2050.