Enjin Pesawat Supersonik Boom Kini Menjana Elektrik Untuk Pusat Data AI

TechnologyBusiness & Finance
11 Dec 2025 • 11:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika difikirkan secara logik akal, tidak ada banyak persamaan antara industri aeronautik dengan pusat data kecerdasan buatan (AI). Tetapi Boom Supersonic yang sedang membina pesawat penumpang supersonik Overture mengumumkan mereka kini mengubahsuai enjin pesawat ini untuk menjana kuasa elektrik pusat data AI.

image is not available

Turbin janakuasa elektrik yang diberi nama Superpower diubahsuai daripada enjin jet yang diberi nama Symphony. Setiap satu pek Superpower boleh menjana 42 MW tenaga elektrik. Pelanggan pertama Superpower ialah syarikat rintis Crusoe yang memberikan kontrak bernilai $1.25 bilion bagi menjana keperluan tenaga sebanyak 1.21 gigawatt.

Boom berkata keuntungan daripada Superpower akan digunakan pula untuk menjana dana meneruskan projek Overture. Setakat ini Boom sudah berjaya melancarkan pesawat prototaip skala kecil XB-1 yang merupakan pesawat swasta pertama terbang pada kelajuan supersonik tanpa dentuman sonik.

Sekiranya semua berjalan lancar, Overture akan melakukan penerbangan pertama pada tahun 2026 dan mula membawa penumpang menjelang 2029. Setakat ini United Airlines, Japan Airlines dan AMerikan Airlines adalah antara syarikat penerbangan yang berminat untuk menggunakan Overture.