Enrique Lores Akan Menggantikan Alex Chriss Sebagai CEO PayPal

TechnologyBusiness & Finance
4 Feb 2026 • 1:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

PayPal ialah sebuah syarikat platform pembayaran digital yang popular di negara-negara barat, dan pada satu masa mempunyai perniagaan di Malaysia juga. Terkini, ia dilaporkan bahawa Alex Chriss, CEO syarikat tersebut akan meletakkan jawatan dan akan digantikan oleh CEO HP, Enrique Lores.

Alex Chriss dilantik sebagai CEO PayPal pada tahun 2023, menggantikan Dan Schulman dan dilihat telah memperbaiki sejumlah proses dalam syarikat, tetapi sayangnya tidak mencapai tahap keuntungan yang dimahukan dan dipersetujui bersama pemegang-pemegang saham syarikat.

Selepas pengumuman berkenaan pendapatan syarikat dibuat, saham syarikat PayPal dilihat jatuh 19 peratus, satu penurunan yang dilihat cukup mendadak sekali kerana tidak menepati sasaran penganalisa.

image is not available

Enrique Lores pula dipilih sebagai CEO baru kerana beliau dilihat berjaya membawa HP menerusi beberapa era yang kritikal untuk syarikat tersebut, seperti waktu pandemik COVID-19 dan juga sepanjang tahun lepas apabila presiden Amerika Syarikat memaksa tarif keatas import barangan dari China yang telah memaksa syarikat tersebut melakukan banyak perubahan drastik seperti memindahkan pengeluaran dari China ke negara-negara lain.

Pemberhentian Alex Chriss berkuat-kuasa serta-merta, dan akan disandang oleh Jamie Miller, Ketua Pegawai Operasi syarikat untuk sebulan Enrique Lores menyertai syarikat tersebut pada bulan Mac 2026.