EON lancar pusat Body & Paint pertama

LocalCars
23 Oct 2026 • 5:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EON lancar pusat Body & Paint pertama

SHAH ALAM – Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) memperkukuh perkhidmatan selepas jualan apabila melancarkan pusat membaiki badan dan mengecat (Body & Paint) kenderaan pertamanya di Glenmarie di sini, hari ini.

Pusat berkeluasan 3,856.2 meter persegi itu dilengkapi 39 petak kerja, tiga bilik bancuhan cat dan empat ruang semburan cat bagi memenuhi keperluan pembaikan serta pemulihan kenderaan pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif EON, Akkbar Danial berkata, pembukaan pusat itu mencerminkan komitmen syarikat untuk memberikan pengalaman pemilikan kenderaan yang lebih menyeluruh, bukan sekadar menjual kenderaan.

“Hubungan Eon dengan pelanggan tidak berakhir apabila kenderaan baharu keluar dari bilik pameran.

“Setiap interaksi sepanjang tempoh pemilikan kenderaan merupakan peluang untuk kami memberikan nilai, membina kepercayaan dan mewujudkan pengalaman bermakna kepada pelanggan,” katanya di sini, hari ini.

Majlis pelancaran pusat tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perkhidmatan Korporat DRB-HICOM Berhad, Datuk Jezilee Mohamad Ramli.

Menurut Akkbar, pusat berkenaan mematuhi prosedur dan proses EON bagi memastikan perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti serta menyeluruh.

Ujarnya, ia menyokong operasi pelbagai jenama di bawah EON termasuk Proton, Mitsubishi, Audi dan kenderaan elektrik smart selain Proton e.MAS yang dijangka menyertai rangkaian berkenaan tidak lama lagi.

“Pusat ini turut dilengkapi teknologi pembaikan moden dan dikendalikan kakitangan profesional terlatih bagi memastikan aspek keselamatan, kualiti serta penampilan kenderaan terus terpelihara

“Kemudahan ini menawarkan perkhidmatan membaiki kerosakan akibat kemalangan, memulihkan badan kenderaan, mengecat semula serta kerja pembaikan berkaitan bagi memastikan kenderaan dikembalikan kepada keadaan optimum,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post EON lancar pusat Body & Paint pertama appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved