
EOS R6 Mark III Dan RF45mm F1.2 STM Inspirasikan Semangat Dan Terokai Potensi Yang Lebih Besar
Canon Marketing Malaysia (“Canon”) hari ini mengumumkan penambahan baharu dalam sistem kamera tanpa cermin EOS R, iaitu EOS R6 Mark III dan RF45mm F1.2 STM, lensa standard dengan bukaan besar yang menandakan satu lagi langkah penting dalam komitmen Canon untuk memperkasa kreativiti melalui inovasi.

Meneruskan kejayaan model sebelumnya, EOS R6 Mark III menawarkan peningkatan dalam kualiti gambar, kelajuan dan ketahanan. Kamera ini direka khas untuk pencipta kandungan yang ingin merakam setiap detik dengan jelas dan tepat. Apabila digandingkan dengan RF45mm F1.2 STM, lensa dengan bukaan terbesar dalam kategori bukan profesional Canon, pengguna dapat menikmati kesan latar kabur yang cantik, prestasi hebat dalam keadaan cahaya malap, dan rekaan yang padat serta ringan.

Gabungan EOS R6 Mark III dan RF45mm F1.2 STM memberikan prestasi serba boleh dalam bentuk yang mudah digunakan, membolehkan pengguna meneroka minat fotografi dan menceritakan kisah mereka dengan cara yang lebih kreatif dan berbeza.
“EOS R6 Mark III ialah evolusi seterusnya dalam siri ‘6’ Canon, kamera yang menggabungkan prestasi, inovasi dan kebebasan. Ia dibina untuk pencerita visual yang mahu merakam karya mereka dengan lebih tepat dan fleksibel,” kata Edward Chang, Ketua Bahagian Perniagaan Komunikasi Imej, Canon Marketing Malaysia.
Pelancaran ini turut diraikan bersama kempen seluruh negara bertajuk “Drive Your Dream”, yang berlangsung dari 1 November 2025 hingga 31 Januari 2026. Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan yang membeli kamera atau lensa Canon yang layak di kedai sah dengan jumlah hadiah bernilai lebih RM300,000, termasuk Hadiah Utama sebuah Tesla Model 3, selain kamera Canon, lensa, iPhone dan hadiah menarik lain.

Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana produk yang layak, mendaftar dan memuat naik resit pembelian di ylwc.canon.com.my, menjawab satu soalan mudah dan menghantar penyertaan. Setiap pendaftaran yang berjaya juga akan menerima waranti tambahan setahun, menjadikan jumlah keseluruhan waranti 1+2 tahun, memberikan lebih nilai untuk pemilik Canon.
Pelancaran EOS R6 Mark III dan RF45mm F1.2 STM mengukuhkan lagi komitmen Canon terhadap inovasi, kreativiti dan komuniti. Sama ada anda seorang pencipta kandungan, jurugambar hobi atau profesional, Canon terus menyediakan peralatan pengimejan canggih yang memudahkan semua orang untuk berkarya dengan lebih inspiratif.

Canon EOS R6 Mark III kini dibuka untuk pra-tempahan bermula hari ini hingga 16 November 2025 melalui pengedar sah di seluruh negara. Harga jualan bermula dari RM10,999 untuk badan kamera sahaja, RM12,499 dengan lensa RF24-105mm F4-7.1 IS STM, dan RM15,999 dengan lensa RF24-105mm F4L IS USM.
The post EOS R6 Mark III Dan RF45mm F1.2 STM Inspirasikan Semangat Dan Terokai Potensi Yang Lebih Besar appeared first on Siakap Keli.



