EPA dan DHA untuk anak

Health & Fitness
7 Jul 2026 • 8:00 AM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: EPA dan DHA untuk anak
Gambar: Public Health M'sia

Jika dengar DHA/EPA terus terbayang fish oil, gummy omega atau salmon mahal.

Hakikatnya, di Malaysia pun banyak sumber makanan yang boleh membantu anak mendapat omega-3.

EPA dan DHA ialah sejenis asid lemak omega-3. DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf. EPA pula membantu fungsi keradangan dan kesihatan umum badan.

Tetapi DHA/EPA bukan hanya datang daripada botol supplement.

Ia boleh datang daripada makanan harian yang biasa kita jumpa di pasar, pasar malam, kedai runcit dan pasar raya.

Contoh ikan yang sesuai dan mudah didapati di Malaysia:

Ikan kembung

Ikan sardin

Ikan selayang

Ikan tamban

Ikan selar

Ikan tenggiri

Ikan patin atau ikan air tawar berlemak sebagai pilihan tambahan

.

Kalau mahu pilihan yang lebih mudah:

Sardin dalam tin juga boleh, tetapi pilih yang lebih rendah garam jika ada. Tos kuah jika terlalu masin dan jangan jadikan makanan tinggi garam sebagai rutin harian.

Ikan bilis pula bagus sebagai sumber kalsium jika dimakan dengan tulang, tetapi ia biasanya tinggi garam jika sudah diproses. Rendam atau bilas dahulu, dan gunakan dalam kuantiti kecil.

.

Selain ikan, ada juga makanan yang boleh membantu menyokong pengambilan omega:

Telur yang diperkaya omega-3

Susu yang diperkaya DHA/omega-3

Yogurt atau produk tenusu yang diperkaya omega-3

Makanan bayi atau bijirin tertentu yang diperkaya DHA

Susu ibu untuk bayi, kerana DHA dalam diet ibu juga penting

.

Untuk sumber tumbuhan pula, chia seed, flaxseed, walnut, minyak kanola dan minyak soya mengandungi omega-3 jenis ALA. Ia tetap baik dalam diet seimbang, tetapi ALA bukan sama seperti DHA/EPA. Badan hanya menukar sebahagian kecil ALA kepada DHA/EPA.

.

Berapa banyak anak perlukan?

Dalam bahasa lebih mudah, sasarkan anak makan ikan sekitar 2 kali seminggu.

Tak perlu setiap hari.

Tak perlu salmon sahaja.

Tak perlu terus beli supplement kalau anak makan ikan dengan baik.

.

Apa jadi kalau berlebihan?

DHA/EPA daripada makanan biasanya bukan masalah jika diambil secara sederhana.

Fish oil berlebihan boleh menyebabkan loya, sendawa hanyir, cirit-birit, sakit perut dan rasa tidak selesa. Pada dos yang sangat tinggi, ia boleh memanjangkan masa pendarahan, terutama jika anak ada masalah kesihatan tertentu atau mengambil ubat tertentu.

.

Sebab itu, jangan beri supplement semata-mata kerana marketing kata anak akan jadi lebih fokus, lebih bijak atau cepat pandai membaca.

Anak tidak menjadi genius hanya kerana satu botol fish oil.

Otak anak perlukan makanan seimbang, tidur cukup, bermain, membaca, kurang skrin, aktiviti fizikal dan emosi yang stabil di rumah.

.

Kesimpulannya:

DHA/EPA itu penting.

Ikan tempatan pun boleh jadi sumber yang baik.

Makanan sebenar tetap keutamaan.

#PublicHealthMalaysia

#PemakananKanakKanak

#DHAEPA


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved