Epic Games Membatalkan Saman Ke Atas Samsung

TechnologyGamingDigital
8 Jul 2025 • 10:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Epic Games pagi ini secara rasmi membatalkan saman kumpul ke atas Samsung yang didakwa menghalang pemasangan stor mereka pada peranti keluaran gergasi Korea Selatan. Saman difailkan September tahun lalu selepas Samsung memperkenalkan ciri Auto Blocker yang menghalang pemasangan aplikasi secara sisi (side load) atas sebab keselamatan

image is not available

Ciri ini amatlah berguna bagi mengelakkan insiden penipuan APK dipasang oleh scammer menerusi pautan di WhatsApp misalnya tetapi dilihat sebagai ciri yang boleh menyebabkan pelanggan tidak boleh memasang Epic Games Store pada peranti. Pengumuman dilakukan sendiri oleh CEO Epic Games, Tim Sweeney menerusi akaun X beliau.

Pengumuman dilakukan sehari sebelum Samsung melancarkan siri Galaxy Z Fold, Z Flip dan Galaxy Watch esok di New York. Tiada diketahui apakah persetujuan antara kedua-dua syarikat untuk menyelesaikan isu ini di luar mahkamah. Mungkin Epic Games Store dimasukkan ke dalam senarai putih oleh Samsung yang tidak menghalang pemasangan walaupun Auto Blocker diaktifkan.

Secara lalai Auto Blocker diaktifkan pada semua peranti baharu Samsung sejak tahun lalu. Ia boleh dimatikan oleh pengguna jika yakin fail APK yang ingin dipasang secara sisi selamat digunakan.