Epic Games Store dan Fortnite Dilancarkan Kembali Di iOS – Tetapi Hanya Di EU

TechnologyGamingDigital
16 Aug 2024 • 8:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Epic Games Store dilancarkan untuk iOS dan mengembalikan semula Fortnite ke tangan pemain permua popular di di platform Apple. Ini adalah kali pertama Fortnite kembali ditawarkan pada iPhone selepas aplikasi ditarik pada tahun 2020 selepas Epic Games berani menawarkan pembayaran luar App Store yang melanggar terma dan syarat Apple.

Akibatnya Epic Games menyaman Apple dan sehingga kini ia masih belum selesai. Namun begitu kami ada berita buruk untuk majoriti peminat Fortnite di iOS kerana pada ketika ini Epic Games Store hanya ditawarkan kepada pengguna di Kesatuan Eropah (EU). Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Apple hanya membenarkan stor aplikasi pihak ketiga di EU bagi memenuhi akta DMA di negara-negara ahli.

Kepada peminat di luar EU, penantian akan berterusan lagi kerana Apple sudahpun mengatakan stor pihak ketiga tidak akan ditawarkan ke pasaran lain. Pada Mac, akaun pembangun Epic Games digantung menyebabkan pembangunan Epic Games Store tergantung. Nampaknya aplikasi berjaya dilancarkan juga walaupun berhadapan pelbagai halangan.