EPL: Alonso sedia selamatkan karier pemain Barcelona

Football
19 Nov 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Alonso sedia selamatkan karier pemain Barcelona

LONDON – Pemain pertahanan kanan Barcelona, Jules Kounde yang menjadi sasaran Chelsea, dilapor semakin berminat untuk meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu pada jendela perpindahan Januari.

Pemain pertahanan itu semakin kehilangan tempat dalam kesebelasan utama di Camp Nou sejak kebelakangan ini dan hanya memulakan tiga perlawanan La Liga setakat musim ini.

Chelsea sudah lama meminati pemain antarabangsa Perancis itu, malah pernah cuba mendapatkan khidmatnya sebelum dia menyertai Barcelona pada 2022.

Menurut sumber, Kounde sangat menginginkan peluang untuk bermain secara tetap pada tahap kerjayanya sekarang dan merasakan situasinya di Barcelona tidak mungkin berubah.

Situasi itu menyebabkan pemain berusia 28 tahun itu sedang berusaha untuk meninggalkan gergasi Sepanyol tersebut, sekali gus membuka peluang buat Chelsea untuk mendapatkan khidmatnya.

Kounde merupakan pemain yang cukup berpengalaman dengan tiga kejuaraan La Liga dalam koleksi trofinya, selain telah membuat 48 penampilan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Ketika ini, dia berada dalam radar Chelsea menjelang jendela perpindahan Januari, namun Kounde bukanlah sasaran utama kelab itu sebaik sahaja jendela perpindahan dibuka apabila kelab dari barat London itu mahu memperkukuhkan beberapa posisi lain terlebih dahulu.

Skuad kendalian Xabi Alonso sudah mempunyai beberapa pilihan pemain yang mampu beraksi di posisi tersebut, termasuk Josh Acheampong, Reece James, Malo Gusto dan Marca Palestra. – AGENSI

The post EPL: Alonso sedia selamatkan karier pemain Barcelona appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved