EPL: Alonso resah pemain utama tidak cergas

Football
8 Nov 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Alonso resah pemain utama tidak cergas

LONDON – Pengurus Chelsea, Xabi Alonso menjelaskan beliau perlu menilai sesi latihan terakhir sebelum memutuskan kesebelasan utama menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Sunderland di Stadium of Light malam ini.

Keadaan itu disebabkan beberapa pemain utama The Blues termasuk penjaga gol, Emiliano Martinez dan pemain tengah, Moises Caicedo yang dilaporkan belum cergas sepenuhnya untuk perlawanan itu.

Justeru, Alonso perlu menilai tahap kecergasan semua pemain, terutamanya Caicedo yang dianggap sebagai tunjang pasukan itu selepas dia mengalami rasa tidak selesa di betis selepas aksi menentang Manchester United.

“Kami akan membuat penilaian terhadap (kecergasan) semua pemain pada sesi latihan terakhir. Selepas itu, barulah kami akan buat keputusan mengenai kesebelasan utama yang akan diturunkan nanti.

“Mengenai Caicedo, selepas perlawanan terakhir (menentang United), dia ada berdepan sedikit masalah. Dia ada rasa tidak selesa di bahagian betis, jadi kami akan periksa tahap kecederaan itu,” katanya.

Sementara itu, beliau juga gembira apabila Martinez sudah kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukan, namun Mike Penders sentiasa bersedia untuk diturunkan seandainya penjaga gol utama itu masih belum cergas.

“Martinez menjalani sesi latihan dengan baik dan bagi saya, dia sebenarnya pulih lebih awal daripada jadual. Bagaimanapun, kami tetap akan memeriksa tahap kecergasannya sebelum keputusan dibuat,” ujar Alonso. – AGENSI

The post EPL: Alonso resah pemain utama tidak cergas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved