EPL: Alonso tak minat permainan ‘cantik’

Football
14 Sep 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Alonso tak minat permainan ‘cantik’

LONDON – Pengurus Chelsea, Xabi Alonso sanggup bermain dengan cara yang membosankan sekiranya pendekatan itu mampu menghasilkan kemenangan.

Reaksi itu hadir selepas terpaksa akur dengan keputusan seri 2-2 ketika menentang pendatang baharu Liga Perdana Inggeris, Hull City, kelmarin.

“Saya harap, suatu hari nanti anda akan menghargai permainan yang membosankan sekiranya kami mampu menang dengan cara sedemikian. Untuk memperbaiki sesuatu, ia pasti akan mengambil sedikit masa.

“Namun, kami perlu terus bersaing dan bukannya memberikan peluang mudah kepada pasukan lawan. Kami sepatutnya mampu lakukan lebih baik lagi ketika jaringan pertama (Hull City) terhasil,” katanya.

The Blues memulakan perlawanan dengan positif apabila mendahulu di awal permainan menerusi Morgan Rogers, namun Hull City unggul untuk memperoleh dua jaringan daripada Mohamed Belloumi dalam tempoh enam minit.

Bagaimanapun, aspek yang menggembirakan Alonso adalah kemahuan pemain dan usaha keras dipamerkan membuahkan hasil dengan menyaksikan Joao Pedro meledak jaringan penyamaan buat Chelsea.

“Saya fikir prestasi kami ketika menyerang adalah lebih baik berbanding bertahan. Kami perlu lakukan lebih baik lagi dalam permainan terbuka, situasi bola mati dan pastinya ini diperlukan untuk memastikan kami jadi lebih baik,” katanya. – AGENSI

The post EPL: Alonso tak minat permainan ‘cantik’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved