
NOTTINGHAM – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta pertahan taktikal ‘lapuk’ pasukan selepas hanya melakukan satu percubaan tepat sebelum menang tipis 1-0 ke atas Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi semalam.
Jaringan pemain gantian, Noni Madueke pada minit ke-80 berjaya menyelamatkan maruah Arsenal daripada pulang dengan keputusan mengecewakan selepas bergelut menembusi benteng tuan rumah sepanjang perlawanan.
Namun, Arteta tidak melihat pendekatan pasukannya sebagai masalah besar, sebaliknya menegaskan Arsenal perlu belajar menang dalam pelbagai situasi, termasuk ketika berdepan lawan yang bertahan secara berdisiplin.
“Saya fikir kami sudah bermain 11 perlawanan kompetitif dan memenangi 10 daripadanya. Jadi, kami akan belajar pelbagai cara untuk menang dalam banyak keadaan berbeza.
“Forest memberikan cabaran sengit apabila melakukan taktikal bertahan hingga tiada ruang untuk kami bermain seperti biasa.
“Pujian wajar diberikan kepada pasukan yang tetap mencari jalan untuk mencipta peluang sama ada menerusi permainan terbuka atau situasi bola mati,” katanya.
Dalam masa sama, Arteta memuji sikap Madueke dengan menyifatkan pemain berusia 24 tahun berkenaan sebagai pemaim memiliki bakat istimewa selain disenangi rakan sepasukan di bilik persalinan.
“Saya rasa dia boleh jadi pemain simpanan yang kita mampu harapkan jika perlu memburu kemenangan dan ia terbukti sekali lagi pada perlawanan ini,” katanya.
Keputusan itu menyaksikan Arsenal kekal di tangga kedua dengan dibezakan tiga mata berbanding pendahulu, Manchester City yang meraih 21 mata ketika ini. – AGENSI
The post EPL: Arteta pertahan taktikal lapuk appeared first on Kosmo Online.


