EPL: Bekas jurulatih Manchester United ke Everton

FootballSports
12 Jan 2025 • 9:47 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Moyes bakal menggantikan Sean Dyche yang telah dipecat Khamis lalu walaupun telah menyelamatkan Everton daripada tersingkir dalam kancah EPL. Foto Reuters

SETELAH 11 tahun setengah meninggalkan Goodison Park, David Moyes kini kembali untuk membantu Everton bagi menghadapi baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Moyes meninggalkan Toffees dahulu untuk menjadi jurulatih Manchester United.

Kelab terakhir pengurus berusia 61 tahun itu adalah West Ham. Dia telah mengendali The Hammers sejak November 2017 dan telah melepaskan jawatan tersebut sebelum musim 2024/25 bermula.

Moyes bakal menggantikan Sean Dyche yang telah dipecat Khamis lalu walaupun telah menyelamatkan Everton daripada tersingkir dalam kancah EPL.

Untuk rekod, pada musim 2004/05, Everton telah mengakhiri kempen di tempat keempat. Itu adalah satu-satunya pencapaian terbaik Everton untuk tamat di kedudukan empat teratas dalam tempoh 37 tahun yang lalu di bawah bimbingan David Moyes. - Stadium Astro

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved