EPL: Bezos beli saham Liverpool

FootballBusiness & Finance
16 Aug 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Bezos beli saham Liverpool

LIVERPOOL – Konsortium yang terdiri daripada pengasas Amazon, Jeff Bezos dilaporkan sudah mencapai persetujuan dengan pemilik Liverpool, Fenway Sports Group (FSG) bagi membeli pegangan minoriti dalam kelab itu.

Difahamkan, pegangan itu kira-kira satu pertiga selain laporan media di Britain mendakwa urus niaga berkenaan melebihi £1.5 bilion (RM8.29 bilion), sekali gus menjadikan nilai The Reds lebih £5 bilion (RM27.64 bilion).

Bagaimanapun, FSG yang mengambil alih Liverpool pada 2010 dengan nilai £300 juta (RM1.66 bilion) kekal sebagai pemegang saham majoriti pasukan, sekali gus terus mengawal operasi kelab tersebut.

Konsortium dengan nama 1892 Holdings yang diketuai bekas pengerusi Queens Park Rangers, Amit Bhatia turut melibatkan Mittal Family Trusts, EE Capital dan K5 Sports di mana Bezos merupakan pelabur utama.

“Liverpool sentiasa menjadikan kepentingan kelab sebagai keutamaan dan keputusan ini adalah untuk jangka panjang. Pasukan ini sentiasa menarik minat pelabur dan ahli perniagaan terkemuka dunia.

“Ketika kami membuat pertimbangan terhadap peluang ini, memang jelas Amit (Bhatia) dan konsortium berkongsi falsafah yang sama dengan kami. Minat mereka terhadap Liverpool turut menjadikan urusan ini istimewa,” kata presiden FSG, Mike Gordon.

Menerusi kerjasama itu, Bhatia akan dilantik sebagai naib pengerusi kelab, manakala Bezos yang merupakan manusia ketiga terkaya dunia dengan nilai £207 bilion (RM1.14 trilion) tidak akan berada dalam lembaga pengarah The Reds. – AGENSI

 

The post EPL: Bezos beli saham Liverpool appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved