Jeff Bezos, Pengasas Amazon Dilaporkan Membeli Pegangan Pada Liverpool FC

FootballBusiness & Finance
10 Aug 2026 • 8:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebuah konsortium yang turut disertai oleh Jeff Bezos, iaitu pengasas Amazon kini dilaporkan dalam perbincangan untuk membeli satu pertiga daripada pegangan pada kelab bola sepak popular, Liverpool FC. Pengumuman berkaitan hal ini dikatakan mungkin dilakukan seawal miinggu ini.

Selain Jeff Bezos, konsortium tersebut turut dikatakan disertai oleh Eduardo Saverin, salah seorang pengasas terawal Facebook.

Liverpool FC

LiverPool FC dikatakan bernilai sekitar $6 bilion, dan konsortium ini dijangka mendapatkan pegangan sekitar 30%. Dengan penyertaan bilionwan dan jutawan pada kelab berkenaan, ia dijangka akan memberikan lebih kemudahan akses kewangan kepada kelab berkenaan.

Pelaburan Jeff Bezos dijangka dilakukan atas kapasiti peribadi, dan mungkin tiada kaitan dengan integrasi bersama Prime Video dan lain-lain buat masa ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved