EPL: Bintang baharu Arsenal mula ‘panas badan’

FootballSports
26 Jul 2026 • 12:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Bintang baharu Arsenal mula ‘panas badan’

LONDON – Christos Tzolis tidak menunggu lama untuk mempamerkan sentuhan berbisa apabila mencipta bantuan gol pada penampilan debut bersama Arsenal selepas menang 3-0 ke atas MK Dons dalam aksi pramusim, awal pagi tadi.

Pemain sayap Greece berusia 24 tahun itu menjadi arkitek kepada jaringan pembukaan Reiss Nelson sebelum Ethan Nwaneri dan pemain muda, Ceadach O’Neill melengkapkan kemenangan pada aksi persahabatan tertutup itu.

Tzolis mengakui masih sukar mempercayai dirinya kini bergelar pemain Arsenal dan harap dapat mempamerkan ketajaman apabila tirai rasmi Liga Perdana Inggeris (EPL) dibuka semula pada bulan depan.

“Saya masih tidak percaya dapat menyertai kelab besar seperti Arsenal yang merupakan juara EPL musim lalu.

“Sudah tentu misi saya adalah untuk menyumbangkan sesuatu buat pasukan dan kelebihan saya adalah meledak gol atau mencipta bantuan jaringan.

“Pada masa sama, sebagai pemain sayap saya juga perlu bekerja keras membantu pasukan ketika bertahan,” kata pemain antarabangsa Greece itu.

Bekas bintang Club Brugge itu hadir ke Emirates dengan reputasi mengagumkan selepas meledak 22 gol dan 29 bantuan jaringan musim lalu, sekali gus membantu kelab Belgium tersebut merangkul kejuaraan Liga Belgium.

Tzolis bakal diberi peranan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Leandro Trossard selepas pemain Belgium itu berhijrah ke Fenerbahce. – AGENSI

The post EPL: Bintang baharu Arsenal mula ‘panas badan’ appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved