EPL: Carrick akui layak kekal

Football
31 Oct 2026 • 8:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Carrick akui layak kekal

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Michael Carrick mengakui tidak terkejut masih diberikan peluang untuk mengemudi pasukan itu meskipun gagal mencatat kemenangan dalam lapan perlawanan berturut-turut.

Bekas pemain tengah England itu berpeluang untuk membalas kepercayaan diberikan pengurusan tertinggi United menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Chelsea di Stamford Bridge malam ini.

Justeru, Carrick perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang diberikan dengan mencatat keputusan positif ketika bertemu The Blues, sekali gus mengembalikan semula United ke landasan yang diharapkan.

“Saya di sini hanya untuk menjalankan tugas serta tanggungjawab untuk pasukan, jadi saya tidak terkejut masih diberikan kepercayaan. Saya tidak memerlukan jaminan daripada sesiapa kerana saya layak berada di sini.

“Saya faham dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada saya. Oleh itu, saya tidak memerlukan pandangan daripada sesiapa untuk melakukan perkara yang sepatutnya demi kebaikan pasukan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menjelaskan, anak-anak buahnya masih kecewa dengan situasi yang sedang membelenggu pasukan dan sedia untuk menaikkan semula moral pasukan dengan menewaskan Chelsea.

“Pemain-pemain sedang berkobar-kobar untuk perlawanan itu. Memang kami kecewa ketika ini kerana gagal untuk memenangi banyak perlawanan tetapi intensiti tidak pernah berkurang,” ujar Carrick. – AGENSI

The post EPL: Carrick akui layak kekal appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved